Oleh : Sara Aisha BAB 3 “THANKS, KARN. The trip was awesome.” Lembut suara Dian mengucapkan terima kasih buat Karn. Bibirnya menguntum senyuman manis, khas buat lelaki yang baru sahaja menggembirakannya dengan aktiviti yang tidak pernah langsung terfikir dek akal fikirannya. Karn yang sedang menghirup jus oren di dalam gelas mendongakkan kepala. Segera matanya menyapa [...]
↧
Novel : Chan Rak Ter…Aku Cinta Kamu 3
↧
Novel : Chan Rak Ter…Aku Cinta Kamu 4
Oleh : Sara Aisha BAB 4 BANG! Karn dan Dian berpandangan buat seketika, sebelum tiba-tiba merasakan van yang mereka naiki mula berpusing-pusing. Laju sekali! “Ya Allah!!” teriak Dian sambil cuba berpegang pada sisi van. Melalui hujung mata, dia dapat melihat Karn yang turut mengambil tindakan yang sama. Setelah beberapa saat berpusing begitu, akhirnya van tersebut [...]
↧
↧
Cerpen : Coklat Cinta
Oleh : Sara Aisha Coklat Cinta?? Gilakan coklat? Mahu belajar untuk membuat coklat paling lazat buat yang teristimewa? Chocolaterie’s Lounge adalah tempatnya!! Terkebil-kebil mataku membaca pamphlet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan [...]
↧
Cerpen : Jodoh Bersulamkan Dendam
Oleh : Sara Aisha “JODOH? Huh! Jodoh tu cuma alasan aje!! Tak ada makna langsung!!” Dapat aku rasakan mataku yang seakan membuntang saat mendengar setiap patah kata yang terbit daripada bibir suami yang baru sahaja aku nikahi. Tadi sewaktu aku mengatakan bahawa akhirnya kami dapat bersama kerana jodoh, Amsyar tiba-tiba sahaja ketawa. Bukan ketawa biasa [...]
↧
Jodoh Itu Milik Kita
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kit a akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…” SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang [...]
↧
↧
Chan Rak Ter… Aku Cinta Kamu
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?” Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, [...]
↧
Encik Sayang dan Miss Sweetheart
Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi! “Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…” Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis [...]
↧
Pembuka Hati
Klik link di bawah untuk bacaan awal Novel : Pembuka Hati TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL… Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu […]
↧
Novel : Pembuka Hati 1
Oleh : Sara Aisha Prolog “JAHANAM kau, Syafiq!!!” Tergamam dia dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu. Keras segala urat sendinya. Matanya bulat membayangkan rasa terkejut dalam hati. “Berani kau buat dia macam ni? Berani kau sentuh isteri aku?!!!” Berkali-kali mukanya menerima habuan. Ditumbuk rakus. Pipinya terasa ngilu. Bawah bibirnya pecah lantas merembeskan titisan-titisan darah yang hanyir. […]
↧
↧
Novel : Pembuka Hati 2
Oleh : Sara Aisha KLIK! Butang Playback ditekan sekali sebelum matanya dipusatkan pada skrin. Dahinya berkerunyut diselangi bibir yang meletuskan keluhan tidak puas hati. Foto yang terpampang di situ benar-benar tidak mampu menyerlahkan apa yang ingin dia paparkan. Syafiq kembali menebarkan pandang pada keadaan sekeliling. Kesibukan manusia-manusia yang bersimpang-siur di kiri dan kanannya diabaikan sahaja. […]
↧
Novel : Pembuka Hati 3
Oleh : Sara Aisha MUSTAHIL? Nampaknya tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Tika Allah menitipkan kun faya kun, maka jadilah sesuatu itu mengikut aturan-Nya. Dua tahun! Dua tahun lalu mereka bertemu dan kini setelah dua tahun itu, sekali lagi dia bersabung mata dengan gadis ini. Gadis yang rupa-rupanya tidak pernah mampu dihambat bayangannya. Sungguh, […]
↧
Novel : Pembuka Hati 4
Oleh : Sara Aisha TANPA menghiraukan Nuha yang sedang elok menonton televisyen, Adra melangkah laju ke arah bilik tidurnya. Sesudah menarik beg sandang di bahu dan membalingnya ke arah dinding, dia menyerbu ke bilik air. Berdentum pintu bilik air yang ditutup kuat. Usai terpacak di hadapan singki, dia menarik keluar tudung yang dipakai, melemparnya ke […]
↧
Novel : Pembuka Hati 5
Oleh : Sara Aisha “SAYANG, dah siap ke?” Dahlia mengerling sekilas kepada suami yang sudah pun melangkah masuk ke dalam bilik kelamin mereka. Aariz memandangnya dengan mata yang menyoal. Darina yang berada di dalam dukungan pula kelihatan seronok bermain-main dengan kumis tipis bapanya. Tanpa dipinta-pinta, bibir Dahlia meleretkan senyum. Inilah dia kebahagiannya. Lelaki yang telah […]
↧
↧
Novel : Salju Kyoto 1
Oleh :Sara Aisha BAB 1 JAM di pergelangan tangan dilirik sekali. Sudah 12.30 pagi. Aku mengeluh dan meliarkan pandangan ke kiri kanan. Semerta bulu romaku meremang. Keadaan sungguh gelap dan sunyi. Bagai berada di sebuah pekan hantu. Angin sejuk menusuk-nusuk segenap tubuh, membuatkan aku menggeletar kuat. Ingin sekali aku mengetuk kepala sendiri. Entah bagaimana aku […]
↧
Novel : Salju Kyoto 2
Oleh :Sara Aisha BAB 1 JAM di pergelangan tangan dilirik sekali. Sudah 12.30 pagi. Aku mengeluh dan meliarkan pandangan ke kiri kanan. Semerta bulu romaku meremang. Keadaan sungguh gelap dan sunyi. Bagai berada di sebuah pekan hantu. Angin sejuk menusuk-nusuk segenap tubuh, membuatkan aku menggeletar kuat. Ingin sekali aku mengetuk kepala sendiri. Entah bagaimana aku […]
↧
Novel : Salju Kyoto 3
Oleh :Sara Aisha BAB 3 “HAH?” Mulutku terlopong luas. Telingaku seperti baru sahaja disogokkan dengan bahasa ibunda. Tetapi…takkanlah? “Kau memang tak reti jaga diri sendiri, kan?” Mata terkelip-kelip. Masih sukar mempercayai telinga sendiri. “Kenapa tengok aku macam tu?” Diam. Aku masih pegun. “Hei, helo! Excuse me. Sumimasen…” Dia memetik jari dia hadapan mukaku, lantas membuatkan […]
↧
Novel : Salju Kyoto 4
Oleh :Sara Aisha BAB 4 “STAY AWAY FROM HIM.” Bicara tersebut terngiang-ngiang di gegendang telinga. Sekejap suara A.K, sekejap suara Badri. Kedua-duanya bersilih ganti, memomokkan amaran yang sama tentang diri masing-masing. A.K. tidak mahu aku dekat dengan Badri. Badri pula tidak mahu aku kenal A.K. Pelik! Ini memang sangat pelik. Sekonyong-konyong, perbualan terakhirku dengan Badri […]
↧
↧
Novel : Salju Kyoto 5
Oleh :Sara Aisha BAB 5 “KENAPA tak boleh? Awak sendiri cakap tadi, kan? Saya boleh minta apa sahaja yang saya nak. Jadi, saya nak minta awak tolong cari Badri,” tebakku sambil cuba menandingi setiap derap kakinya yang laju. Tidak semena-mena, dia mematikan langkah dan menoleh padaku. “Tidak termasuk Badri.” “Apa sahaja…maksudnya, apa sahaja, kan? Anything!” […]
↧
Novel : Salju Kyoto 6
Oleh :Sara Aisha BAB 6 LAMBAT-LAMBAT, aku menengadah muka. Dari sebalik mata yang berbalam-balam, aku melihat susuk tubuh tinggi itu. Dia sedang menunduk kepala memandangku. Ada tanda tanya yang terbias di segenap wajah itu. Dengan cukup lemah, aku bangkit dari cangkung. Kaki yang kebas kesejukan membuatkan aku hampir-hampir terjelepuk kembali. Namun Arjuna tangkas menangkap bahuku. […]
↧
Novel : Salju Kyoto 7
Oleh :Sara Aisha BAB 7 PANTULAN di cermin kupandang sambil menyangkut kot ke tubuh. Perlahan, aku melepaskan keluhan. Sungguh aku tidak sangka bahawa aku sudah benar-benar bermalam di sini. Di sebuah rumah lelaki yang langsung aku tidak kenal. Gila. Aku betul-betul gila! Tanpa semena-mena, ingatan terhadap Badri datang menerjah. Dia yang mengamuk dan menggerunkan. Cepat-cepat, […]
↧